Selasa, 18 Mac 2014

MH370 Pencetus Derita

Assamualaikum pada semua yang ada di sini. Malam ini dan tika ini aku melihat ke arah langit.  Melihat kegelapan malam sambil ditemani bunyi bunyian alam ciptaan Tuhan.  Malam ini suasana memang sejuk sekali.  Sejuk kerana di siang hari tadi hujan.  Hujan Rahmat hujan yang memberi harapan pada kita.

Sambil aku melihat ke langit, melihat kegelapan malam dan tiba tiba aku terasa sangat sayu.  Sayu bila aku membayangkan apa akan terjadi pada hari hari yang mendatang.  Ahhhhh...... makin lama aku berfikir makin dekat aku dapat merasai denyut jantung dan nadi sebuah pemerintah di negara ini. 

MH370 hilang..... Dah hampir 10 hari masih tak jumpa jumpa.  Bukan aku saja bahkan seluruh alam ini tak henti henti memohon pertolongan dari Allah yang Maha Esa.  Siapa lah aku untuk memikirkan ini semua melainkan aku hanya mampu merasai kehilangan yang masih belum terjawab.

Di luar sana aku terasa bagaikan sudah bersedia untuk mereka datang ke mari ke sini.  Datang nya mereka untuk menghentak hentak kan kaki mereka sebagai tanda benci dan marah.  Marah yang telah dicipta oleh DAJJAL durjana.

Mengapa kita dipilih oleh mereka ??? Sedangkan banyak lagi negara lain di dunia ini ?? Itu maknanya ketentuan Ilahi.  Dia yang mengawal sekalian alam.  Namun, aku tetap yakin semua ini adalah ketentuan  terbaik untuk kita.  Kerana Allah sedang merancang yang baik baik untuk kita.

Operasi SAR telah mula dilakukan sejak dari awal berita kehilangan MH370.  Banyak juga negara yang terlibat.  Yang datang ke mari sebenarnya banyak tujuan mereka.  Kata orang dalam hati ada taman.  Kalau betul baik maka Alhamdulillah.  Mudahan mereka akan dilindungi malapetaka.  Tapi kalau sebaliknya bagaimana ?? Hari ini kalau nak cerita soal sistem pertahanan kita memang dah ditelanjangkan.  Tak ada lagi rahsia bagi mereka.  Semua mereka tahu.  Yalah, Malaysia ni pun kecik je. 

Hari ini Malaysia dah pun terasa petapa banyak nya wang kerajaan dah habis dalam operasi SAR ini.  Dari Laut Cina Selatan kita ke Selat Melaka.  Dari Selat Melaka kita ke Adamman. Pah tu ke Laut Hindi.  Dan yang terbaru keluasan operasi telah diperluaskan kepada 2.4 juta batu nautika. 

Pandai sungguh permainan ahli silap mata si DAJJAL ni.  Mereka tahu poket kita sebenarnya tak tebal dan kerana itu mereka ajak kita pusing satu dunia.  Ajak kita makan angin sambil sambil cari kapal terbang hilang. 

Kita terus menerus dipermainkan dan diperbodohkan oleh mereka.  Sebenarnya mereka dah tahu kat mana MH370 berada.  Tak kira lah pesawat tengah landing atau pun dah terhempas.  Tapi mereka terus bermain dan bermain dengan kita tanpa ada rasa belas kasihan....... Alah macam budak budak main sorok sorok dah penat kaki kita cari tapi tak jumpa jumpa.  Dan begitu permainan yang dihidangkan kepada kita.  Sampai masa kita penat  lalu kita terduduk dan mereka tanya pada kita,  haus ke ??? Dan kita mengangguk.  Nah........ dibaginya air dan kita ambil dan minum.  Nanti ganti balik air saya ya.......

Nampak tak apa yang saya nampak ?? Pada waktu itu Bank Dunia akan menyalurkan pinjaman kepada kita...... Inilah yang mereka mahukan dari kita selain mereka ingin teruskan keluasan mereka pada agama kita dan yang paling mereka mahu adalah pada waktu itu kita hilang daya upaya dan tidak mampu buat apa apa lagi. 

Namun, ini semua bergantung kepada kebijaksanaan dan kepintaran para pemimpin kita. Semoga Allah berikan kekuatan Iman yang utuh.  Ketabahan yang tak pudar pada pemimpin kita dan lakukan yang terbaik demi bumi yang bertuah ini......

Sekian Dulu dari pinggir lebuhraya.  Assalamualaikum......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan