Jumaat, 14 Mac 2014

Burung Besi Hilang Entah Ke Mana

8 Mac 2014 dunia diberikan satu berita yang tak menentu.  Hilang nya Burung Besi Entah Ke Mana..... Hilang nya MH370.  Dan hingga kini kita hanya diharap berdoa dan terus berdoa agar Allah akan memberikan petunjuk di manakah pesawat yang hilang.......

Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya dan mungkin juga you all semua....... Pesawat terhempas ?? Atau pesawat dirampas ?? Terhempas tapi sehingga kini masih belum dijumpai.  Dirampas oleh pihak pengganas tapi sehingga kini masih belum ada apa apa tuntutan dari mereka.......Dan Oleh kerana persoalan ini masih menebal dan hanya persoalan ini yang tertinggal dalam kotak minda aku maka dengan rasa ingin dan ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku maka aku tuliskan sedikit apa yang aku terfikir.....

Sebelum kau orang baca apa yang aku nak tulis aku harap kau orang cuba free kan minda kau orang.  Bebas kan minda kamu semua dari apa apa pengaruh politik.  Kerana apa yang saya katakan ini adalah fakta dan bukan nya berpihak atas mana mana individu mahupun atas nama agensi atau pun atas mana mana kerajaan.  Pening........ ini baru sikit.  Kulitnya pun masih belum saya rungkai kan lagi. 

Tapi saya akan tinggal dahulu beberapa persoalan untuk you all semua fikirkan........

1. MAS telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah rugi sebanyak 1 bilion.....

2.  Satu konspirasi

3.  Hubungan usa dan China

4.  Siapa dalam pesawat MH370.....DAN apa yang dibawa bersama mereka dalam pesawat MH370 ????

5.   Kenapa operasi selalu bercanggah dan Hishamuddin selalu mengemukakan setiap laporan yang tak sama dan terlalu banyak menimbulkan keraguan pada aku dan kau orang semua.

6.  Radar TUDM ada menyebut satu pesawat misteri muncul pada kedudukan 200 batu nautika dari arah Pulau Pinang pada waktu kejadian dan selang beberapa jam mengapa dengan mudah pihak TUDM mengeluarkan kenyataan yang pesawat misteri itu tidak benar......??

7.  Mengapa tiap kali terjumpa sesuatu objek di lautan baik di Cina Selatan mahupun Selat Melaka nampak seperti ada keraguan dan pihak penyelamat dengan mudah mengabaikan segala objek yang ditemui...... Pelik tapi benar.

8.  Mengapa pihak Amerika sangat beria ia sangat cuba mengalih pandangan bahawa operasi akan dialihkan ke Lautan Hindi. Hihihih..... jauh tu bro.

Hahaha...... aku tinggalkan kau orang dengan 8 persoalan itu dulu.  Ada masa aku sambung balik. 

Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan