Sabtu, 15 Mac 2014

Burung Besi Hilang Entah Ke Mana

Assamualaikum,

Bertemu lagi kita..... Sebelum ini aku ada tinggal kan kain orang dengan 8 perkara untuk sama sama kita pikir.  Sebenarnya kalau nak dihalusi lebih dari 8 perkara yang boleh aku berikan untuk kau orang pikir.  Tapi cukup lah dengan 8 itu untuk memberikan kepada kau orang nampak sikit demi sedikit tentang apa dan bagaimana MH370 ini terjadi.

MAS mengumumkan yang yang ia dah rugi sebanyak 1 bilion.  Rugi tak rugi tapi dengan nilai 1 bilion ini adalah satu perkara yang kritikal lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu.  Berapa ramai dari kita menduga dan sedar bahawa MH370 ini tercipta adalah atas dasar wang.........MAS adalah satu benda yang boleh aku bagi tau atau lebih tepat sebagai ASET Malaysia.  Aku bagi lagi Kat kau orang Apa akan terjadi andai kata MAS tidak mampu beroperasi sebagai satu syarikat penerbangan  ??? Ahhhhh...... kau orang pun lagi cerdik dari aku.  Kau orang boleh pikir sendiri. 

Aku dah intai Kat beberapa buah negara lain memang kebanyakan dari syarikat penerbangan mereka pun sama seperti kita.  Tapi pihak mereka sentiasa memantau hal ini dan memang pihak pengurusan kewangan negara dia orang memang menyediakan peruntukan yang khas bagi membantu serta memberi suntikan pada perkembangan dan perjalanan syarikat penerbangan mereka. 

Situasi ini sama atau tidak yang diamalkan di Malaysia ?? Situasi ini kau orang boleh bayangkan juga.  Setahu aku bila Last sekali pihak kita menyediakan peruntukan khas pada MAS ? Dalam pengumuman bajet yang dibentangkan di Parlimen rasanya dah lama tak disebut dengan terang mahu pun kabur tentang MAS.  Pasal MAS diharap dapat berdiri sendiri tanpa bantuan dari kerajaan. 

Dalam proses ini saya tinggal kan lagi kepada kau orang semua dengan satu permintaan dan kerja sikit.  Aku mintak kau orang senaraikan beberapa orang watak penting dalam MAS.  Penting ke ??? Penting sangat sangat..... Pasal MH370 tak mungkin hilang andai kata tak ada pilot yang menerbangkannya..... Dan begitu lah juga pasti ada satu enjin penting yang menggerakkan MAS......

Cari jangan tak cari ya.....

Ada masa aku sambung lagi ya..... Tengah cari bahan bahan yang baik punya untuk aku suai padam kan dengan dan realistik kejadian yang aneh ini.....

Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan