Ahad, 16 Mac 2014

MH370 Kamu Dalam Sangkar

Assamualaikum dan salam satu pencarian buat semua.......

Hari dah masuk hari ke 9 pencarian dan mengesan MH370 yang sehingga kini masih belum jua kelihatan.  Makin hari makin aneh dan makin hari makin banyak kekalutan yang tercetus.  Hahahaha....... bagus...... bagus...... Bagus sangat sangat.  Makin kita kalut makin MH370 hilang lebih jauh dan apa mungkin MH370 tak akan kita jumpa lagi. Bagus lah tu.....

Ingat tak faktor faktor campur tangan British di Tanah Melayu...... kalau tak silap aku budak sekolah form 4 5 dah belajar tajuk tu Kat subjek sejarah.  Oh...ya, sebut soal subjek sejarah, subjek ni dah dijadikan mata pelajaran Teras.  Maksudnya, subjek ini wajib lulus.  Ini memberi implikasi kepada aku bahawa kerajaan kita memang menekankan kepada rakyatnya petapa penting nya sejarah.  Dengan sejarah kita akan dapat mengenali siapa kita.  Dari mana kita bermula ?? Dan yang penting melalui sejarah juga akan mengingatkan kita apa itu derita dan apa itu bahagia.  Ahaiii....... dah macam cikgu sejarah lah pula. 

Ada 6 faktor campur tangan British di Tanah Melayu.  Pertama, faktor ekonomi.  Kedua, persaingan kuasa kuasa besar dunia untuk mencari tanah jajahan takluknya.  Ketiga, keadaan anarki di Tanah Melayu.  Keempat, faktor kemanusiaan.  Kelima, perubahan dasar pemerintahan di tangan kuasa kuasa besar (London) dan keenam peranan Sir Andrew Cllaks yang sedar tak sedar terciptanya Perjanjian Pangkor 1874. Dengan wujudnya keenam enam faktor itu maka bermulalah penjajahan British di Tanah Melayu. 

Kenapa dan mengapa saya mengaitkan cerita sejarah di atas dengan apa yang berlaku pada waktu ini ???? Sedar atau tidak sedar pihak kuasa barat sedang menggunakan skrip yang sama untuk diguna pakai bagi usaha mereka untuk datang ke sini dan lakukan apa yang pernah mereka lakukan di waktu nenek moyang kita dulu dulu.  Huhuhuhu.........

Namun,  oleh kerana zaman pun dah berubah maka skrip ini akan diubah sedikit mengikut kesesuaian keadaan.  Tak ada beza dan mereka semua memang mahir bermain silap mata.  Satu lagi skrip yang telah dirancang dengan teliti dan penuh kehalusan adalah dengan mewujudkan persengketaan sesama kita dalam detik waktu yang menuntut kita untuk bersatu.

Media cetak dan elektronik hari ini menyampaikan segala bentuk info dan situasi keadaan namun,  pihak barat telah berjaya mewujudkan suasana yang tak indah.  Pertama,  Kapten Zahere dikatakan ahli PKR.  Mereka tahu yang anak anak Malaysia akan cepat melatah dan cepat menuduh bahawa ini telah dilakukan oleh satu pihak sedangkan kita sendiri pada waktu ini masih kabur dan tak pasti di mana MH370 berada.  Tak boleh ke kita bersatu buat seketika ???? TAK BOLEH KE ????????

Satu lagi situasi tampar buaya dengan tampar 1 Malaysia.  Makin kalut lah kalau lagu ni.  Kalut pasal pendekar sesama pendekar duk cerca, maki hamun dan sama sama mula mengadu tenaga ke jalan yang sia sia.  Inilah skrip yang baru dicipta oleh si Yahudi di bumi kita. 

Jarum dah dicucuk cuma tinggal belon nya pecah.  Fikir lah adik fikir lah abang fikir lah kakak fikir fikir lah semua.

MH370 hilang dalam sangkar.........

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan