Selasa, 18 Mac 2014

MH370 Pencetus Derita http://yusof5329.blogspot.com/2014/03/mh370-pencetus-derita.html

MH370 Pencetus Derita

Assamualaikum pada semua yang ada di sini. Malam ini dan tika ini aku melihat ke arah langit.  Melihat kegelapan malam sambil ditemani bunyi bunyian alam ciptaan Tuhan.  Malam ini suasana memang sejuk sekali.  Sejuk kerana di siang hari tadi hujan.  Hujan Rahmat hujan yang memberi harapan pada kita.

Sambil aku melihat ke langit, melihat kegelapan malam dan tiba tiba aku terasa sangat sayu.  Sayu bila aku membayangkan apa akan terjadi pada hari hari yang mendatang.  Ahhhhh...... makin lama aku berfikir makin dekat aku dapat merasai denyut jantung dan nadi sebuah pemerintah di negara ini. 

MH370 hilang..... Dah hampir 10 hari masih tak jumpa jumpa.  Bukan aku saja bahkan seluruh alam ini tak henti henti memohon pertolongan dari Allah yang Maha Esa.  Siapa lah aku untuk memikirkan ini semua melainkan aku hanya mampu merasai kehilangan yang masih belum terjawab.

Di luar sana aku terasa bagaikan sudah bersedia untuk mereka datang ke mari ke sini.  Datang nya mereka untuk menghentak hentak kan kaki mereka sebagai tanda benci dan marah.  Marah yang telah dicipta oleh DAJJAL durjana.

Mengapa kita dipilih oleh mereka ??? Sedangkan banyak lagi negara lain di dunia ini ?? Itu maknanya ketentuan Ilahi.  Dia yang mengawal sekalian alam.  Namun, aku tetap yakin semua ini adalah ketentuan  terbaik untuk kita.  Kerana Allah sedang merancang yang baik baik untuk kita.

Operasi SAR telah mula dilakukan sejak dari awal berita kehilangan MH370.  Banyak juga negara yang terlibat.  Yang datang ke mari sebenarnya banyak tujuan mereka.  Kata orang dalam hati ada taman.  Kalau betul baik maka Alhamdulillah.  Mudahan mereka akan dilindungi malapetaka.  Tapi kalau sebaliknya bagaimana ?? Hari ini kalau nak cerita soal sistem pertahanan kita memang dah ditelanjangkan.  Tak ada lagi rahsia bagi mereka.  Semua mereka tahu.  Yalah, Malaysia ni pun kecik je. 

Hari ini Malaysia dah pun terasa petapa banyak nya wang kerajaan dah habis dalam operasi SAR ini.  Dari Laut Cina Selatan kita ke Selat Melaka.  Dari Selat Melaka kita ke Adamman. Pah tu ke Laut Hindi.  Dan yang terbaru keluasan operasi telah diperluaskan kepada 2.4 juta batu nautika. 

Pandai sungguh permainan ahli silap mata si DAJJAL ni.  Mereka tahu poket kita sebenarnya tak tebal dan kerana itu mereka ajak kita pusing satu dunia.  Ajak kita makan angin sambil sambil cari kapal terbang hilang. 

Kita terus menerus dipermainkan dan diperbodohkan oleh mereka.  Sebenarnya mereka dah tahu kat mana MH370 berada.  Tak kira lah pesawat tengah landing atau pun dah terhempas.  Tapi mereka terus bermain dan bermain dengan kita tanpa ada rasa belas kasihan....... Alah macam budak budak main sorok sorok dah penat kaki kita cari tapi tak jumpa jumpa.  Dan begitu permainan yang dihidangkan kepada kita.  Sampai masa kita penat  lalu kita terduduk dan mereka tanya pada kita,  haus ke ??? Dan kita mengangguk.  Nah........ dibaginya air dan kita ambil dan minum.  Nanti ganti balik air saya ya.......

Nampak tak apa yang saya nampak ?? Pada waktu itu Bank Dunia akan menyalurkan pinjaman kepada kita...... Inilah yang mereka mahukan dari kita selain mereka ingin teruskan keluasan mereka pada agama kita dan yang paling mereka mahu adalah pada waktu itu kita hilang daya upaya dan tidak mampu buat apa apa lagi. 

Namun, ini semua bergantung kepada kebijaksanaan dan kepintaran para pemimpin kita. Semoga Allah berikan kekuatan Iman yang utuh.  Ketabahan yang tak pudar pada pemimpin kita dan lakukan yang terbaik demi bumi yang bertuah ini......

Sekian Dulu dari pinggir lebuhraya.  Assalamualaikum......

Ahad, 16 Mac 2014

MH370 Kamu Dalam Sangkar

Assamualaikum dan salam satu pencarian buat semua.......

Hari dah masuk hari ke 9 pencarian dan mengesan MH370 yang sehingga kini masih belum jua kelihatan.  Makin hari makin aneh dan makin hari makin banyak kekalutan yang tercetus.  Hahahaha....... bagus...... bagus...... Bagus sangat sangat.  Makin kita kalut makin MH370 hilang lebih jauh dan apa mungkin MH370 tak akan kita jumpa lagi. Bagus lah tu.....

Ingat tak faktor faktor campur tangan British di Tanah Melayu...... kalau tak silap aku budak sekolah form 4 5 dah belajar tajuk tu Kat subjek sejarah.  Oh...ya, sebut soal subjek sejarah, subjek ni dah dijadikan mata pelajaran Teras.  Maksudnya, subjek ini wajib lulus.  Ini memberi implikasi kepada aku bahawa kerajaan kita memang menekankan kepada rakyatnya petapa penting nya sejarah.  Dengan sejarah kita akan dapat mengenali siapa kita.  Dari mana kita bermula ?? Dan yang penting melalui sejarah juga akan mengingatkan kita apa itu derita dan apa itu bahagia.  Ahaiii....... dah macam cikgu sejarah lah pula. 

Ada 6 faktor campur tangan British di Tanah Melayu.  Pertama, faktor ekonomi.  Kedua, persaingan kuasa kuasa besar dunia untuk mencari tanah jajahan takluknya.  Ketiga, keadaan anarki di Tanah Melayu.  Keempat, faktor kemanusiaan.  Kelima, perubahan dasar pemerintahan di tangan kuasa kuasa besar (London) dan keenam peranan Sir Andrew Cllaks yang sedar tak sedar terciptanya Perjanjian Pangkor 1874. Dengan wujudnya keenam enam faktor itu maka bermulalah penjajahan British di Tanah Melayu. 

Kenapa dan mengapa saya mengaitkan cerita sejarah di atas dengan apa yang berlaku pada waktu ini ???? Sedar atau tidak sedar pihak kuasa barat sedang menggunakan skrip yang sama untuk diguna pakai bagi usaha mereka untuk datang ke sini dan lakukan apa yang pernah mereka lakukan di waktu nenek moyang kita dulu dulu.  Huhuhuhu.........

Namun,  oleh kerana zaman pun dah berubah maka skrip ini akan diubah sedikit mengikut kesesuaian keadaan.  Tak ada beza dan mereka semua memang mahir bermain silap mata.  Satu lagi skrip yang telah dirancang dengan teliti dan penuh kehalusan adalah dengan mewujudkan persengketaan sesama kita dalam detik waktu yang menuntut kita untuk bersatu.

Media cetak dan elektronik hari ini menyampaikan segala bentuk info dan situasi keadaan namun,  pihak barat telah berjaya mewujudkan suasana yang tak indah.  Pertama,  Kapten Zahere dikatakan ahli PKR.  Mereka tahu yang anak anak Malaysia akan cepat melatah dan cepat menuduh bahawa ini telah dilakukan oleh satu pihak sedangkan kita sendiri pada waktu ini masih kabur dan tak pasti di mana MH370 berada.  Tak boleh ke kita bersatu buat seketika ???? TAK BOLEH KE ????????

Satu lagi situasi tampar buaya dengan tampar 1 Malaysia.  Makin kalut lah kalau lagu ni.  Kalut pasal pendekar sesama pendekar duk cerca, maki hamun dan sama sama mula mengadu tenaga ke jalan yang sia sia.  Inilah skrip yang baru dicipta oleh si Yahudi di bumi kita. 

Jarum dah dicucuk cuma tinggal belon nya pecah.  Fikir lah adik fikir lah abang fikir lah kakak fikir fikir lah semua.

MH370 hilang dalam sangkar.........

Sekian.

Sabtu, 15 Mac 2014

Burung Besi Hilang Entah Ke Mana

Assamualaikum,

Salam sejahtera dan salam kepeningan untuk semua.  Pening ke ?? Tak payah pening pening lah.  Kan semalam dah dapat berita yang kononnya MH370 tak jumpa kat Russia.  Huhuhuhu....... jauhnya dia pergi. Siapa suruh kau ke Russia.  Majikan kau kang suruh ke Beijing China.  Ok..... itu hanya lah bayangan andai aku dapat berbicara dengan pilot MH370 Kapten Zahere. 

Semalam kita dapat satu berita.  Berita dari CNN yang mengatakan bahawa pesawat MH370 yang hilang ada Kat Russia.  Pesawat dikatakan sempat isi minyak Kat Nanning China.  Ramai dari kita rasa gembira rasa lega pun ada.  Pasal dalam kepala otak kita kalau betul Alhamdulillah. Syukur yang pertama berakhirnya pencarian kita selama ini akan terjawab dan keduanya kita juga pasti merasa lega kerana pesawat yang dikatakan telah dirampas yang membawa 239 penumpang termasuk kru mungkin masih selamat. 

Bila saya dapat berita ini terus saya mendapat respont dari kawan kawan dan abang saya sendiri.  Respont dia orang kata macam tak logik je..... Tak logik ???? Apa pasal.  Yup..... bila aku teliti balik ada beberapa perkara yang meragui berita itu.

Yang pertama sekali berita yang diterima adalah berita dari CNN...... Kalau tanya aku, lepas ni sampai mati pun aku dah tak percayakan dari perkataan CNN.  Dari awal cerita pesawat hilang pun dah ada CNN dan sehingga semalam pun si CNN ni masih nak berkata kata. 
CNN is the number one enemy of Muslims.

Kedua, mereka memberitahu bahawa perampas adalah dari USA..... Lagi nak mampus.  Kalau betul macam tu kerajaan China dah tak perlu pikir panjang dan dah tentu Perang akan meletus.  Kua kua kua kua..........

Ketiga, pesawat sempat isi minyak Kat Nanning.  Pesawat isi minyak pula di waktu dah heboh satu dunia tentang kehilangan pesawat itu.  Apa bebal sangat pihak pertahanan Negara China tak dapat kesan pesawat tu ????

Jadi kita tak ubah terus dan menerus diperbodohkan oleh si jahanam CNN. 

Aku nak tanya, pernah sampai Kat Pulau Perak ke tak ??? Aku tanya pasal aku cuma dapat tahu Kat situ tak ada apa apa yang menarik.  Pulau nya tersangat lah kecil. 

Tempoh hari aku ada mintak senaraikan dan carikan siapa antara yang bertanggungjawab menggerakkan MAS. 

Pulau Perak memang milik Malaysia tetapi siapa yang mengawalnya.....

Memali # tentera Sulu # MH370....... ada kesinambungan Cinta di situ.

Sekian Dulu.  BYE BYE.

Assalamualaikum.

Burung Besi Hilang Entah Ke Mana

Assamualaikum,

Bertemu lagi kita..... Sebelum ini aku ada tinggal kan kain orang dengan 8 perkara untuk sama sama kita pikir.  Sebenarnya kalau nak dihalusi lebih dari 8 perkara yang boleh aku berikan untuk kau orang pikir.  Tapi cukup lah dengan 8 itu untuk memberikan kepada kau orang nampak sikit demi sedikit tentang apa dan bagaimana MH370 ini terjadi.

MAS mengumumkan yang yang ia dah rugi sebanyak 1 bilion.  Rugi tak rugi tapi dengan nilai 1 bilion ini adalah satu perkara yang kritikal lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu.  Berapa ramai dari kita menduga dan sedar bahawa MH370 ini tercipta adalah atas dasar wang.........MAS adalah satu benda yang boleh aku bagi tau atau lebih tepat sebagai ASET Malaysia.  Aku bagi lagi Kat kau orang Apa akan terjadi andai kata MAS tidak mampu beroperasi sebagai satu syarikat penerbangan  ??? Ahhhhh...... kau orang pun lagi cerdik dari aku.  Kau orang boleh pikir sendiri. 

Aku dah intai Kat beberapa buah negara lain memang kebanyakan dari syarikat penerbangan mereka pun sama seperti kita.  Tapi pihak mereka sentiasa memantau hal ini dan memang pihak pengurusan kewangan negara dia orang memang menyediakan peruntukan yang khas bagi membantu serta memberi suntikan pada perkembangan dan perjalanan syarikat penerbangan mereka. 

Situasi ini sama atau tidak yang diamalkan di Malaysia ?? Situasi ini kau orang boleh bayangkan juga.  Setahu aku bila Last sekali pihak kita menyediakan peruntukan khas pada MAS ? Dalam pengumuman bajet yang dibentangkan di Parlimen rasanya dah lama tak disebut dengan terang mahu pun kabur tentang MAS.  Pasal MAS diharap dapat berdiri sendiri tanpa bantuan dari kerajaan. 

Dalam proses ini saya tinggal kan lagi kepada kau orang semua dengan satu permintaan dan kerja sikit.  Aku mintak kau orang senaraikan beberapa orang watak penting dalam MAS.  Penting ke ??? Penting sangat sangat..... Pasal MH370 tak mungkin hilang andai kata tak ada pilot yang menerbangkannya..... Dan begitu lah juga pasti ada satu enjin penting yang menggerakkan MAS......

Cari jangan tak cari ya.....

Ada masa aku sambung lagi ya..... Tengah cari bahan bahan yang baik punya untuk aku suai padam kan dengan dan realistik kejadian yang aneh ini.....

Sekian. 

Jumaat, 14 Mac 2014

Burung Besi Hilang Entah Ke Mana

8 Mac 2014 dunia diberikan satu berita yang tak menentu.  Hilang nya Burung Besi Entah Ke Mana..... Hilang nya MH370.  Dan hingga kini kita hanya diharap berdoa dan terus berdoa agar Allah akan memberikan petunjuk di manakah pesawat yang hilang.......

Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya dan mungkin juga you all semua....... Pesawat terhempas ?? Atau pesawat dirampas ?? Terhempas tapi sehingga kini masih belum dijumpai.  Dirampas oleh pihak pengganas tapi sehingga kini masih belum ada apa apa tuntutan dari mereka.......Dan Oleh kerana persoalan ini masih menebal dan hanya persoalan ini yang tertinggal dalam kotak minda aku maka dengan rasa ingin dan ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku maka aku tuliskan sedikit apa yang aku terfikir.....

Sebelum kau orang baca apa yang aku nak tulis aku harap kau orang cuba free kan minda kau orang.  Bebas kan minda kamu semua dari apa apa pengaruh politik.  Kerana apa yang saya katakan ini adalah fakta dan bukan nya berpihak atas mana mana individu mahupun atas nama agensi atau pun atas mana mana kerajaan.  Pening........ ini baru sikit.  Kulitnya pun masih belum saya rungkai kan lagi. 

Tapi saya akan tinggal dahulu beberapa persoalan untuk you all semua fikirkan........

1. MAS telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah rugi sebanyak 1 bilion.....

2.  Satu konspirasi

3.  Hubungan usa dan China

4.  Siapa dalam pesawat MH370.....DAN apa yang dibawa bersama mereka dalam pesawat MH370 ????

5.   Kenapa operasi selalu bercanggah dan Hishamuddin selalu mengemukakan setiap laporan yang tak sama dan terlalu banyak menimbulkan keraguan pada aku dan kau orang semua.

6.  Radar TUDM ada menyebut satu pesawat misteri muncul pada kedudukan 200 batu nautika dari arah Pulau Pinang pada waktu kejadian dan selang beberapa jam mengapa dengan mudah pihak TUDM mengeluarkan kenyataan yang pesawat misteri itu tidak benar......??

7.  Mengapa tiap kali terjumpa sesuatu objek di lautan baik di Cina Selatan mahupun Selat Melaka nampak seperti ada keraguan dan pihak penyelamat dengan mudah mengabaikan segala objek yang ditemui...... Pelik tapi benar.

8.  Mengapa pihak Amerika sangat beria ia sangat cuba mengalih pandangan bahawa operasi akan dialihkan ke Lautan Hindi. Hihihih..... jauh tu bro.

Hahaha...... aku tinggalkan kau orang dengan 8 persoalan itu dulu.  Ada masa aku sambung balik. 

Sekian.