Khamis, 19 Mac 2015

GST Oh GST

GST Oh GST... Orang kaya garu kepala dan picit dahi pasal wang kurang di bank.  Orang sederhana jadi gile pasal dah mula rasa miskin dan si miskin pasti tak sabar nak mati dan mungkin mati belum tiba waktu mati...

GST Oh GST... Perompak penyamun perogol petualang pelesit pontianak akan berkeliaran dan berkembang pesat kerana nak duit.  Abang abang polis berpusing ke barat ke timur ke utara dan ke selatan mengepung penyangak dan syaitan... Tangkap 1.... 10 lagi terlepas... tangkap 10... 100 lagi sedang merompak... Sampai masa penjara penuh dan lokap balai pun pecah...

GST Oh GST... Dulu kedai ada 5 bertambah jadi 10 pasal rakyat berduit untuk berbelanja dan kini bila GST berdiri megah semua kedai tiada pelanggan kaku dan layu dan akhirnya satu persatu kedai ditutup... Inikah yang dikatakan kemajuan wahai cerdik pandai ??

GST Oh GST... dulu Tok Janggut dulu Datuk Bahaman dulu Mat Kilau dulu Dol Said dulu Rentap dulu Haji Abdul Rahman Limbong dan dulu yang lain lain bermandi darah menentang penjajah yang setiap hari menerjah dada dada anok bangsa kerana cukai dan bila dah sekian lama kita merdeka namun bangsa kita sendiri yang menjajah bangsa kita... Cukai pada sudut kanan bagus untuk membangun bersama tapi bila cukai yang membara maka tunggu lah masa dan detik akan menghancurkan segala keindahan kita bersama...

GST Oh GST... Ramai tak mampu kahwin pasal nak tanggung diri sendiri pun sakit apatah lagi nak bagi anak orang makan... Lelaki bujang tua... Mental nya jadi sewel dan emosi nja jadi kurang 3 inci... Anak dara tua... tak kuat iman mungkin jual tubuh jual maruah dan jual apa yang boleh jual kerana hidup harus diteruskan...

GST Oh GST... semua tambang pengangkutan awam darat laut dan udara akan meningkat... Teksi Bas Feri Keretapi... kapal ke bulan pun akan meningkat... Yang tak berduit kalau nak naik bas boleh bayar murah tapi depa suruh duduk atas bumbung bas... lebih kurang macam di India lah lebih kurang...

GST Oh GST... Takut dapat anak... bukan tak nak anak tapi takut tak mampu nak bela anak.  Pasal yang ada sekarang ni pun dah tak berapa cukup duit nak bagi makan.  Maka waktu itu tak mustahil ada orang akan buang anak... Sedih kang...

GST Oh GST... Rasuah akan pesat membangun seiring dengan kesempitan hidup... Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin... Eh macam sistem kapitalis Yahudi je bunyi nya ??

GST Oh GST... mungkin ini juga satu petanda bahawa alamat akhir zaman telah hampir hampir tiba dengan kita semua.  Bile orang yang diberi amanah maka dia akan mengkhianati amanah itu dan orang yang berkuasa maka dia menzalimi orang yang diperintahnya... Atau memang kebetulan juga kita semua memiliki seorang tokoh yang tak bertokoh untuk mentadbir sebuah negara yang aman damai ini menjadi padang jarak padang pasir.... Wahai cerdik pandai renung renungkan lah mudahan ada sinar bahagia buat kita semua...

Semoga kita semua selamat dan tabah menghadapi ujian ini dengan batasan nya... Allah mencipta pada kita kedua belah tangan kiri dan kanan... kenapa tangan kita tidak tiga... Dua tangan itu membawa pengertian boleh atau tidak... setuju atau tidak... sanggup atau tidak... dan pilihan itu perlu dijawab oleh diri kita sendiri....

Bye bye.... I Love You... Kerana dirimu amat berguna untuk bangsa dan agama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan