Khamis, 24 April 2014

Apa Akan Terjadi Bila Dia Datang Ke Mari ???

Assamualaikum,

Salam sayang di angin lalu.  Salam ingatan buat semua penghuni di bumi ini.  Pada hakikatnya kita adalah satu ikatan yang sangat kuat.  Namun, kerana jarak kita yang jauh membuatkan kasih sayang kita tidak terasa.  Kita jauh namun dari kejauhan ini marilah kita sama sama berfikir dan sama sama kita hayati satu tulisan yang tak seberapa ini. Mudah mudahan sedikit sebanyak dapat membuka minda dan memanjangkan sedikit akal kita yang masih diberikan peluang untuk berfikir. 

Apa akan terjadi bila dia datang ke mari ?? Siapa dia ?? Dia tu orang penting ke ?? Hahahahaha.... dia sama macam kita tapi agamanya berbeza dengan kita.... Dia pada dasarnya nampak baik tapi dia sebenarnya adalah kepala Tentera dajjal.....

Obama....... akan datang ke mari di sini.... Bila ??? 26 April ni.  Dah tak lama dah.  Sebenarnya pada awal bulan April lalu dah datang ke negara kita.... Pegawai peribadi beliau.... Obama datang sebenarnya sebab nak bantu Najib dan bantu Malaysia.  Katanya nak tolong amankan rantau ini dari keganasan.  Nak majukan ekonomi kita . Dan yang paling penting MH370 yang kita cari cari akan jumpa dalam jangka masa yang terdekat ini.... Licik permainan Yahudi.... Setiap hari kerjanya memperbodohkan orang orang Islam. Orang Islam tak bodoh cuma susah nak bersatu dan kerana dari susah nak bersatu ini, pihak tentera dajjal telah mengambil peluang dan posisi untuk mereka bermain wayang dengan pentas dunia Islam. 

Pada 8 Mac yang lalu, satu planet ini telah dihidangkan dengan peristiwa kehilangan MH370.  Satu dunia melihat ke arah Malaysia.  Satu dunia fasih menyebut nama Malaysia.  Satu dunia kononnya bersimpati dengan Malaysia...... Ya macam macam lah lagi dengan satu dunia terhadap Malaysia.  Bila MH370 dilaporkan telah hilang pada waktu itu Malaysia dan beberapa buah negara mula menghantar pelbagai armada ketenteraan maritim dan jet jet pejuang yang kononnya untuk datang membantu untuk mencari MH370.  Seingat ingat aku, tentera laut Singapura adalah yang paling awal ke Laut Cina Selatan.... Baik sungguh Singapura.... Memang baik pasal Singapura adalah mata dan telinga USA di rantau ini.  P. Ramlee kata BAIK ADA MAKNA.....

Semua negara yang datang dalam operasi ini hampir 16 buah negara.... Tapi yang paling besar sekali adalah USA, China dan Australia... Dari selatan Vietnam hingga ke Laut Cina Selatan.  Lepas tu ke Selat Melaka.... Lepas tu ke Laut Andaman.... Lepas tu dia suruh cari kat Koridor Utara dan Selatan..... Fuhhhhh.... Last Last dia orang bagi tau kat Selatan Lautan Hindi..... Hahahaha..... Bijak pandai dan berkaliber si Yahudi bermain silap mata. Semua ini adalah dipanggil SAR.... iaitu Search And Rescue atau dalam bahasa kita adalah Mencari Dan Menyelamat M&M.. Persoalan yang boleh kita sama sama fikirkan adalah ada dua perkara di sini.  Pertama, berapakah kos operasi SAR ??? Dan kedua,  siapakah yang bertanggungjawab untuk membiayai kos tersebut ?????????????

Ada satu sumber mengatakan kos operasi SAR melebihi 600 juta Ringgit Malaysia.... Tapi ada pula sumber yang mengatakan kos operasi tersebut dah mencecah 1 bilion Ringgit Malaysia.... Itu pun masih tidak termasuk saman saman yang dikeluarkan oleh negara yang terlibat bagi rakyat mereka yang hilang bersama MH370. Ramai dari kita tak tahu dan tak sedar bahawa NWO iaitu satu badan New World Order yang dipimpin oleh USA sendiri . Mereka tahu bahawa wang yang ada pada Najib sebenarnya tak seberapa mana, oleh itu agenda jahat mereka telah mengambil langkah di situ untuk memastikan Malaysia akan jatuh terjunam ke dasar laut kegawatan wang ringgit dan mungkin kita berada sama aras ketinggian Selatan Lautan Hindi......

Anwar Ibrahim adalah satu nama yang tidak asing dalam dunia pembangkang di sini.... Tahun 1992 beliau telah ditahan di rumahnya atas kesalahan meliwat pembantunya.... Pada ketika itu, beliau adalah seorang Timbalan Perdana Menteri dan memegang jawatan Menteri Kewangan. Tun Mahathir adalah watak penting yang menghumbankam beliau ke penjara.  Ok.... kita ketepikan soal politik.... Kita bercakap tentang sebuah kebenaran kerana hanya kebenaran akan mengatasi politik. 

Anwar Ibrahim atau sekarang ini lebih dengan gelaran DS Anwar Ibrahim pada ketika itu sangat rapat dengan USA.  Pada secara kebetulan nafas ekonomi Malaysia dan serantau pada waktu itu mengalami kelembapan.  Banyak kilang terpaksa ditutup dan tak kurang juga operasi perbankan terpaksa dicatukan. Dan kadar pengangguran mula meningkat.  Situasi ini telah menyebabkan DS Anwar Ibrahim mula untuk condong kepada desakan NWO.  Hal ini telah diketahui oleh Tun Mahathir dan sebagai Perdana Menteri Tun tidak menyokong tindakan tersebut kerana memandangkan tindakan tersebut akan menghancurkan sistem ekonomi pribumi Malaysia.  Tun Mahathir terpaksa membina satu berita kepada umum bahawa DS Anwar Ibrahim pada waktu itu telah meliwat pembantunya dan dengan cara ini sahaja Anwar Ibrahim dapat dikawal.  DS Anwar Ibrahim mempunyai kabel yang kuat dengan USA dan episod liwat meliwat terus menerus menghiasi landskap beliau.  Persoalan yang timbul di sini adalah.... pada tahun 1992 Tun Mahathir bertungkus lumus mengelakkan Malaysia dari menerima apa apa bantuan dari NWO tetapi hari ini dengan sekelip mata Malaysia di bawah kepimpinan DS Najib telah menerima bantuan tersebut.......Fuhhhhh. Kenapa jadi begitu ?? Begitu lah kata orang bila kita lalai kita alpa maka pada waktu itu kita banyak melakukan kesilapan. Bukan pemimpin yang ada buat masa ini tidak berkaliber tetapi mungkin banyak aspek aspek penting negara telah diabaikan.  Kita memang satu bangsa yang tahu apa itu sejarah tetapi kita masih tidak mampu menghayati apa itu sejarah. 

Ok.... Secara dasarnya saya telah memikirkan tentang apa itu peristiwa kehilangan MH370.  Saya juga telah memikirkan apa itu operasi SAR dan apa itu NWO.... Jika kita dah mula faham tentang situasi dan kedudukan sebenar maka pada teorinya kita juga mudah memahami tentang implikasi dari rentetan rentetan tersebut.. Sebelum itu kita harus tahu apa objektif pihak tentera dajjal melakukan ini semua ?? Demi Agama..... Ya tak lain dan tak bukan hanya untuk memastikan Islam tak mampu terus maju dan memastikan kuasa serta suara umat Islam tidak lagi berharga di planet bumi ini.  Melalui NWO yang disalurkan oleh USA kepada Malaysia maka sudah tentu mereka akan meminta balasan dari kita.... Hahahahaha.... Dunia hari ini tiada istilah yang percuma.  Tiap pertolongan pasti akan ada balasannya.  Melalui Perjanjian Pertahanan Pasific, pihak USA akan memastikan para pemimpin kita tunduk pada kekuasaan mereka.... Mahu tak tunduk kita dah termakan budi.  Pihak USA telah menuntut enam khazanah penting dalam negara kita sebagai cagaran untuk membalas budi mereka.... Enam perkara penting termasuklah kekuasaan politik , kemakmuran hasil bumi dan kebebasan kehidupan kita akan dibentuk semula dalam versi dan kawalan tentera dajjal.  Melalui NWO, Malaysia telah hilang kemerdekaan.  Hilang kuasa dan hilang pendapatan.  Salah satu yang mereka inginkan adalah petroleum yang ada di perairan Terengganu Darul Iman.. Mungkin akan berlaku beberapa perjanjian susulan antara mereka dengan kita bagi memastikan agenda jahat mereka dapat terlaksana. 

Beberapa tapuk pemimpin yang pada pandangan mereka agak cerdik dan lantang bersuara sudah tentu akan diundurkan terlebih dahulu..... Hahahaha.... sehari dua ini tersebar beberapa Menteri Besar akan diganti dengan orang baru... DS Mat Said di Terengganu sendiri tidak terlepas dari situasi ini dan hal ini akan memperlihatkan kepada kita bahawa semua pemimpin yang berada di barisan atas harus berlakon mengikut watak dan skrip masing masing.... Andai ingkar maka dia akan disingkirkan.  DS Mat Said dikatakan gagal menyatupadukan kekuatan UMNO di Terengganu.  Di Perak juga berlaku situasi yang sama dan diberitakan Datuk Zambry tidak mampu dan gagal dalam tugas di negeri berkenaan.  Sedangkan kita sendiri menyaksikan antara kalangan Menteri Besar di Barisan Nasional hanya mereka berdua yang paling banyak memajukan negeri dan membangunkan modal insan.  Ya.... mereka tidak bagus untuk USA kerana yang mereka mahukan adalah satu barisan pemimpin yang boleh angguk, ngeleng kepala, boleh bercakap tapi bisu dan boleh melihat tapi buta mata hati.

Selain itu, kita hari ini diperdebatkan tentang Hukum Hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan.  Hukum hudud ini bagi orang Islam adalah wajib dan tidak boleh kata tak tau, entah atau tak penting.  Hukum Allah adalah satu hukum yang soheh dan segala janji Allah itu adalah benar.  Dalam hukum hudud ini sebenarnya memang mempunyai banyak kelebihan kepada umat Islam.  Dan pada sejarah kekuasaan empayar Islam terdahulu seperti Kerajaan Umaiyah , Usmamiah dan Abasiah memang menegakkan hukum hudud di kerajaan mereka.  Melalui hukum hudud ini, umat Islam memang terbukti hidup dalam suasana aman damai dan sejahtera.  Tapi hari ini bila disebut hukum hudud masyarakat kita akan digambarkan dengan potong tangan kerana mencuri.  Direjam sampai mati andai kata berzina. Tapi ramai dari kita malas membaca dan malas berfikir dan seterusnya akan menjadikan kita satu umat yang buta kayu dan rapuh pegangan hidup.  Pihak dajjal banyak menimbulkan cerita cerita tentang potong tangan dan rejam kepada umat Islam sebagai peringatan agar menolak hukum Allah itu.

Ok saya mahu berkongsi satu bab dalam kejadian kemalangan jalan raya.  Ada seorang hamba Allah telah dilanggar ketika mengguna jalan raya.  Dia mati dan yang melanggar telah mengaku salah atas kemalangan tersebut. Ok kalau di Malaysia, pesalah akan didenda dengan nilai wang yang boleh kita definisikan sebagai saman akibat kematian.  Mungkin nilainya 2 ribu atau 3 ribu Ringgit Malaysia yang harus dibayar melalui keputusan dari mahkamah.  Ketahui wahai pengguna jalanraya.... Jika pakai hukum hudud pesalah akan diarahkan berpuasa selama 2 bulan.  Manakala ahli keluarga mereka harus membayar nilaian sebanyak 100 ekor unta kepada keluarga si mati dalam masa tiga tahun. 

Dari pengajaran peristiwa ini akan mewujudkan
1.   Semua pengguna jalanraya akan berhati hati ketika memandu.

2.    Hubungan kekeluargaan akan menjadi kuat dan teguh kerana hukuman yang dikenakan akan melibatkan semua ahli keluarga mereka.

3.    Dan yang paling penting sekali adalah kebajikan keluarga si mati akan terbela.  Mungkin dia masih mempunyai anak tanggungan yang masih kecil.

Pengajaran dari situasi ini akan memperlihatkan kepada kita bahawa sudah tiba waktu dan ketikanya Malaysia pada umumnya mengamalkan hukum Allah ini sebagai roh Islam dalam aspek kehidupan.  Orang Islam masih kabur tentang hal ini namun para tentera dajjal telah lama melihat bahawa Hukum Hudud ini adalah tunjang kekuatan umat Islam.  Oleh itu, apabila Kerajaan Negeri Kelantan mula memperlihatkan dasar hukum hudud ini akan dilaksanakan maka pihak mereka mula merasa takut dan gerun.  Oleh itu, mereka perlu mengawal dan membendung agar kekuasaan Islam akan hilang begitu sahaja. 

Secara kesimpulannya,  pihak USA datang ke sini bagi memastikan Islam terus dijajah.  Islam terus lemah.  Cara mereka lakukan ini semua adalah mengekalkan penjajahan ekonomi kepada kita dan menaikkan para pemerintah negara kita dengan bentuk kebaratan dan sekular.  Ini lah permainan mereka dan inilah cara mereka sejak dari dulu hingga kini.

Sekian dulu dari aku yang serba kekurangan. Semoga apa yang aku bicarakan ini akan mampu membuka hati hati kita yang dah terjaga. Yang baik itu datang dari Allah yang lemah itu dari kita. Assalamualaikum.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan